2010/03/28

Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pahang 2010

PENGARAH : ROZLAN BIN YAAKUB.
TIM. PENGARAH I : MUZIR BIN MAHMUD
TIM. PENGARAH II : UST. AZRUL HISYAM B. SALLEH
TIM . PENGARAH III : IBRAHIM B. SULON
WAKIL DMP PAHANG : PN. ALAWIYAH BT. KASDAN
SETIAUSAHA : UST. AHMAD BADRI BIN TALIB
PENOLONG SETIAUSAHA : SALLEH B. CHIK
BENDAHARI : ROZLAN BIN YAAKUB (memangku)
PENOLONG BENDAHARI : UST. KHAIRULZAMAN B. MOHD NOR
KETUA UNIT PENDAFTARAN & REKOD : UST.AHMAD BADRI BIN TALIB
KETUA UNIT KEBAJIKAN : CIK SITI NORSHUHADA’ BT. MAHMUD.
KETUA UNIT LATIHAN DAN R & D : IBRAHIM B. SULON
KETUA UNIT K4T : MUZIR BIN MAHMUD
KETUA UNIT PENAZIRAN : UST. KAMARULZAMAN B. MD ISA
KETUA UNIT KAFFAH : UST. AZRUL HISYAM B. SALLEH
KETUA UNIT EKONOMI : PN. HUSNA BT. YAACOB
KETUA UNIT ICT DAN DOKUMENTASI : UST. AZRAIE B. SABALLAH
KETUA UNIT SUKAN : HJ. ZAIDAN B.HUSAIN
KETUA UNIT KOKURIKULUM : MOHD SABRI B. SALLEH
KETUA UNIT PENILAIAN : UST. MOHD ZAIN B. OMAR.
KETUA UNIT PENERANGAN : MOHD NASIR B. MAMAT
KETUA UNIT TARBIYYAH : UST. MOHD FADILAH B. HUSSIN
KETUA UNIT PERHUBUNGAN : YOUSLYIDDY B. DESA
PENGERUSI PASTI LIPIS : HASBULLAH B. LUDIN
PENGERUSI PASTI JERANTUT : YOUSLYIDDY B. DESA
PENGERUSI PASTI PEKAN : UST. MOHD FADILAH B. HUSSIN
PENGERUSI PASTI BERA : MOHD ZAHIDI B. MOKHTAR.
PENGERUSI PASTI PAYA BESAR : HJ. ZAIDAN B.HUSAIN
PENGERUSI PASTI KUANTAN : MUZIR BIN MAHMUD
PENGERUSI PASTI BENTONG : MOHD ZAMRI B. NONG
PENGERUSI PASTI ROMPIN : EN. ABD AZIZ B. ABD HAMID
PENGERUSI PASTI I. MAHKOTA : ZU BIN MAT AIL
PENGERUSI PASTI KUALA KRAU : MUHAMMAD SYAFIE B. MD ESA.
PENGERUSI PASTI TEMERLOH : UST. AZRUL HISYAM B. SALLEH
PENGERUSI PASTI RAUB : MOHD SABRI B. SALLEH
PENGERUSI PASTI MARAN : MOHD NAJIB B. IBRAHIM
PENGERUSI MGP PAHANG : PN. HUSNA BT. YAACOB
TIM. KETUA MGP PAHANG : PN. ZALIHA BT. JAAFAR
SETIAUSAHA MGP PAHANG : CIK SYUHADA
BENDAHARI MGP PAHANG : PN. LITAA BT ARI

2010/03/26

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.


Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.


Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.


Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.


Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.


Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi. Terima kasih.


Azrin bin Ab. Majid

40 kesilapan mendidik anak-anak

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

2010/03/25

2010/03/22

SEKAPUR SIREH

AssalamualaikumWrh.Wbt.
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W. Dan Kaum Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda Serta Para Pejuang Islam Yang Tidak Jemu-Jemu Menyebarkan Dakwah Keseluruh Alam.

Dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak, kebanyakan ibubapa tidak berkira kerana yang penting anak-anak mendapat pembelajaran yang sempurna.Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini anak-anak semestinya dipersiapkan dengan “IQ” (Intelligent Quality) dan “EQ” (Emotional Quality) yang tinggi. Dari itu keputusan menghantar anak anda mendapatkan pendidikan di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) AD-DEEN adalah merupakan langkah yang paling bijak yang telah anda lakukan.

PASTI AD-DEEN menyediakan kedua-dua kualiti yang diperlukan oleh anak-anak dengan menambah dengan satu lagi kualiti yang tidak ada pada tadika bukan islam iaitu “Spiritual Quality”.Dalam membentuk “Intelligent Quality”, tadika ini menyediakan bidang akademik yang meliputi pelbaga mata pembelajaran asas seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Jawi dan Awalan Sains serta Asas-asas Komputer. Anak-anak akan didedahkan juga dengan pengajaran Kreatif, Riadah, Nasyid dan Rehlah bagi melahirkan “Emotional Quality” mereka dalam masa mereka melakukan aktiviti ini bersama teman yang lain. Ini amat penting untuk anak-anak pra-sekolah bagi persediaan ke alam persekolahan yang sebenar.

“Spiritual Quality” adalah elemen terpenting untuk membentuk sakhsiah dan peribadi mulia anak-anak. Dengan alunan zikir harian, hafazan surah, maklumat sirah -sirah Nabi dan praktikal solat akan menjuruskan anak-anak kepada kelembutan hati dan kekebalan untuk tidak terjerumus melakukan maksiat. Ini sebenarnya yang diimpikan oleh setiap ibibapa iaitu menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.Apa yang telah disebutkan di atas merupakan satu garis panduan untuk membina minda, emosi dan jiwa anak-anak dan yang paling penting adalah gabungan jitu dari pihak tadika dan ibubapa serta keluarga anak-anak. Marilah kita berganding bahu untuk membina setiap insan kecil di tadika ini agar menjadi manusia bertaqwa, berakhlak mulia, bijak dan ikhlas serta berwibawa ke arah keperluan kepimpinan masa hadapan. Tanpa kerjasama yang erat di antara ibubapa dan tadika, hasrat ini mungkin tidak akan tercapai.

Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak PASTI untuk mendidik anak-anak tuan/puan dan sesungguhnya ini merupakan amanah yang amat berat bagi semua warga kerja PASTI AD-DEEN. Doakanlah kami agar dapat mengharungi dugaan dan cabaran yang datang untuk sessi 2010 ini dan pada masa yang akan datang.

BERSAMA MENDUKUNG AMANAH ALLAH

Sekian, Wassalam. Salam Ukhuwwah Fillah

Wan Burhanuddin Bin Wan Abd Aziz
Pengurus PASTI AD-DEEN Cawangan Balok Makmur

2010/03/19

INDAHNYA KESUSAHAN ITU..

Seringkali melakar akan kesusahan sebagai suatu bebanan yang kadang-kadang memberi tekanan yang menyesakkan. Padahal lakaran kesusahan itu jika dilukis dengan keindahan pada mata hati maka ketenangan itu hadir. Hadir dari segenap sudut. Indahnya kesusahan itu!!

Susah itu indah apabila ia menjadi jambatan kepada dekatnya kita dengan ALLAH yang ESA..
Susah itu indah apabila ia mengingatkan kita akan rahmat ALLAH itu berada di mana-mana..
Susah itu indah apabila memberikan kita buah kesabaran yang tinggi..
Susah itu indah apabila melahirkan hati yang lembut..
Susah itu indah apabila menjadikan kita gigih berusaha..
Susah itu indah apabila kita menghargai segala yang berada di sekeliling kita..
Susah itu indah apabila ia datang ketika kita lalai dan alpa..
Susah itu indah apabila keyakinan kepada ALLAH mengiringinya..
Susah itu indah apabila kita sambutnya dengan senyuman..Senyuman yang berpanjangan..
Susah itu indah apabila kita hanya akan ingat satu nama, ALLAH,ALLAH, ALLAH..
Susah itu indah dengan lakaran keindahan dalam hati kita..
Indah, sungguh INDAH!!

2010/03/18

Mesyuarat : Hari Keluarga PASTI AD-DEEN

Tarikh : 22 MAC 2010
Tempat : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) AD-DEEN Balok Makmur

Ahli jawatankuasa baru PASTI AD-DEEN telah mengadakan mesyuarat kali pertama bagi persiapan mengadakan Hari Keluarga PASTI pada 4 April 2010.
Kehadiran ahli jawatankuasa PASTI dalam mesyuarat ini amatlah membanggakan. Sokongan dan kerja kuat semua AJK yang terlibat dalam program Hari Keluarga PASTI akan dapat memastikan ianya akan berjaya mencapai matlamatnya.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Dua kepala lebih baik daripada satu. Dengan mesyuarat, suatu idea itu dapat diperhalusi, dikaji burukbaiknya, kesesuaiannya dipertimbangkan, diletakkan menurut tempatnya, dimanfaatkan sepenuhnya.

Terdapat beribu persoalan yang timbul di dunia ini dapat diatasi dengan mesyuarat yang selama lima minit, sekiranya dijalankan dengan berkesan menurut tertibnya.

Firman Tuhan yang mafhumnya: Dan suruhlah mereka mengadakan mesyuarat di kalangan mereka, dan sekiranya sudah mereka putuskan sesuatu maka bertawakkallah kepada Allah.

Perintah mengadakan mesyuarat ada dalam Al-Quran. Cara pelaksanaannya dibiarkan kita menentukan menurut kesesuaian kita. Dalam kita bermesyuarat, mungkin akan timbul perselisihan pendapat. Maka janganlah dirunsing kerana selalunya ia timbul dari jiwa-jiwa yang merdeka, yang masing-masing mahu mencari yang terbaik buat ahli mesyuarat.

Sekiranya suatu perkara itu sudah diputuskan, hendaklah kita menghormatinya, walaupun ianya berlawanan dengan hati kita, kerana kepentingan umum itu diutamakan daripada kepuasan peribadi.

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.

Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.

Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.

Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.

Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan Ilahi.

Terima kasih.

AZRIN BIN AB. MAJID

Ketua Pengarah

Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia

PENGURUSAN PASTI AD-DEEN 2010-2011

Penasihat : Hj Abd Sani Bin Ahmad
Pengurus : En. Wan Burhanuddin Bin Wan Abd Aziz
Penolong Pengurus : En. Mohd Fabil Bin Abd Rahman
Setiausaha : En Rosdi Bin Hussin
Bendahari : En. Mohd Rasid Bin Hamzah
Ketua HEGM :
Ketua Unit Kurikulum dan Peperiksaan :
Ketua Unit Pentadbiran dan Pendaftaran :
Ketua Unit Kebajikan :
Ketua Unit Sosial dan Kemasyarakatan :
Ketua Unit pembangunan dan Infrastruktur :
Penolong Ketua :
Ketua Unit Ekonomi :
Ketua Unit ICT & Dokumentasi :
Ketua Unit Perbekalan :
Ketua Unit Keceriaan dan Kebersihan :
Ketua Unit Keselamatan :

Sejarah Penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.


Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).Di Terengganu pada tahun 1985 TAsKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988.


Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing. Pada tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan oleh ahli-ahli PAS. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar Tahunan ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI.


Pada 29-30 Mei 1988 tekah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dbentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarsan Manhaj Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama saudara Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahya sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saudara Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan saudara Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negari sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.


Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.